Sunday, September 1, 2013

RAWATAN IBU BERPANTANG




KERATAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA, MEGA MODE, JOM SPA - RAWATAN IBU BERPANTANG, SELASA, 25 JUN 2013
KERATAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA, MEGA MODE, JOM SPA - RAWATAN IBU BERPANTANG, SELASA, 25 JUN 2013




KELUARGA
ARKIB : 25/06/2013


Rawatan ibu berpantang
Oleh Siti Aishah Yusoff
Gambar Nor Azlina Jaafar


Rawatan dalam tempoh berpantang bagi ibu yang baru melahirkan anak amat digalakkan dalam masyarakat Melayu.

Amalan ini bukan sahaja membantu mengembalikan kesihatan ibu tersebut, malah turut membantu menyegar dan menyembuhkan kembali tubuh selepas bersalin.

Menurut Pengurus Belaian Wellness Spa, Awanis Musa, 43, rawatan berpantang seelok-eloknya dilakukan kepada wanita tiga hari seminggu selepas bersalin.

"Dalam rawatan berpantang, setiap satu jenis rawatan yang dilakukan mempunyai keperluan dan faedah tersendiri.

"Walaupun cara dan rawatannya agak renyah, jika dilakukan dengan cara betul akan memberikan keseimbangan, kecergasan dan kecantikan kepada ibu," katanya.

Awanis turut menasihatkan para ibu jangan culas dan sambil lewa dengan amalan tersebut bagi memastikan kesihatan mereka kembali pulih seperti sediakala.

Kami menyediakan rawatan dalam tempoh berpantang dan rawatan penutup pantang. 

"Terapi yang mahir akan ke rumah memberikan rawatan mengikut pakej yang diminta. Rawatan tersebut merangkumi urutan bersalin, mandi herba, bertungku dan bertangas, ikat bengkung, param, pilis dan lulur badan".
  
Ujarnya lagi, rawatan penutup pantang yang dilakukan selepas 44 hari tempoh berpantang dengan tawaran harga yang berpatutan.

"Berurut selepas bersalin bertujuan membantu mengembalikan tenaga dan menjamin ketahanan badan sepanjang tempoh berpantang. Urutan yang baik adalah pada sebelah pagi dan dilakukan selama tiga hari selepas bersalin.

"Bertungku pula bertujuan mengempiskan perut dan mendapat kembali bentuk badan yang asal. Berbengkung membantu dan mengembalikan bentuk tubuh badan setelah otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung," katanya.


No comments:

Post a Comment