Friday, October 18, 2013

MERAWAT ORANG BERSALIN

MERAWAT EX-OFFICE MATE YANG BERSALIN

Baru-baru ini, saya telah dihubungi oleh seorang kawan sebelum beliau bersalin, iaitu ex-office mate saya yang bekerja di tempat yang sama selama beberapa tahun. Puan ini telah mengenali saya selama lebih 8 tahun, selalu makan dengan dia, bergurau senda dan belanja saya. Saya amat tertarik dengan kecantikannya kerana dia selalu bergaya dan sangat pandai menghias diri.


Baru baru ini beliau telah berkahwin dan selepas beberapa bulan kawan ini telah bunting pelamin. Oleh kerana saya adalah kawan yang paling hampir dengan beliau dan mengenali service saya sebagai bidan, maka dia menghubungi saya untuk merawat beliau iaitu sebelum dan selepas bersalin.

Sebelum bersalin saya telah menasihati beliau akan cara-cara menjaga bayi dalam kandungan dari segi pemakanan, menjaga kesihatan, keselamatan bayi dalam kandungan dan sebagainya.

Selepas kelahiran bayi lelaki beliau, saya telah dipanggil untuk memberikan post-natal services (rawatan selepas bersalin) berpandukan ilmu dan kepakaran yang saya ada. Beliau gembira dengan perkhidmatan saya sebelum dan selepas dia bersalin.