KURSUS ASAS TERAPI PERBIDANAN ISLAM
DARI 4, 5 DAN 6 JANUARI 2014
DI NU'DELLA AKADEMI, BANDAR BARU BANGI

Bersama Puan Ana, pemilik Spa dan Akademi Nu'della serta peserta kursus
Hari ini ialah hari untuk menenangkan minda sambil bersantai. Setelah sebulan setengah bertungkus-lumus menyiapkan "teaching module", akhirnya dengan izinNya, selesai sudah kursus Asas Terapi Perbidanan Islam ku semalam. Ini untuk sessi Januari 2014. Terima kasih saya ucapkan kepada para peserta yang juga pelajar-pelajar saya, Puan Manisa yang "drive all the way from JB", Cik Hani dari KKB / Tanjung Malim, Puan Siti Mariam dan juga Puan Nidza Ahmed, setelah berkomunikasi hampir 3 bulan.
Terima kasih juga saya ucapkan pada Puan Ana yang sentiasa membimbing saya, sentiasa memberi idea untuk penambaikan modul mengajar dan juga kedua ibu bapa saya yang sentiasa memberi input terkini dalam aspek Perubatan Islam yang sentiasa kami cuba selitkan di dalam modul Amalan Perbidanan Islam.
Ini adalah gambar-gambar bersama para peserta sessi Januari - Asas Terapi Perbidanan Islam.
![]() |
Dari kiri: Nidza, Hani, saya (Awanis), Siti Mariam dan Manisa. |
![]() |
Saya dan Nidza bersama produk Nu'della |
Hari pertama, peserta dikenalkan kepada profil syarikat, diberi pengenalan kepada produk perbidanan dan keperluannya, teori Amalan Perbidanan Islam yang dikenali sebagai "API" dan juga Teori Urut Bersalin, demo dan praktikalnya sekali.
Peserta juga diberi penerangan mengenai implementasi "Islamic Spa Practice" dan "Islamic Manufacturing Practice" dan peri pentingnya kehalalan produk yang kita gunakan pada pelanggan.
Peserta juga diberi penerangan mengenai implementasi "Islamic Spa Practice" dan "Islamic Manufacturing Practice" dan peri pentingnya kehalalan produk yang kita gunakan pada pelanggan.
Penyediakan mandian daun atau mandian herba, pemakaian param pilis dan serba sedikit info mengenai herba.
Hari kedua, peserta didedahkan kepada Teori, demo dan praktikal rawatan bertungku pada sebelah pagi serta bertangas.
Pada hari ketiga, para peserta juga didedahkan kepada bengkung medikal atau kita panggil "medical support undergarment" untuk pesakit yang bersalin secara Caesarean Section.
Teori, demo dan praktikal bagi bengkung tradisional (pendek) juga dijalankan.
Pada hari ketiga, para peserta juga didedahkan kepada bengkung medikal atau kita panggil "medical support undergarment" untuk pesakit yang bersalin secara Caesarean Section.
Teori, demo dan praktikal bagi bengkung tradisional (pendek) juga dijalankan.
![]() |
Penyediaan Pelanggan - Pelanggan disuruh tiarap atas katil dan relax. |
![]() |
Sessi bertungku |
![]() |
Demo bertungku |

![]() |
Memantau peserta melakukan sessi bertungku |
![]() |
Memantau peserta melakukan sessi bertungku |
Kawan-kawan perlu tahu ya, bertungku ni penting, terutamanya apabila ada pelanggan kita yang komplen rasa nyeri di bahagian kemaluan, rasa tak selesa, pedih tapi kenapa?
Pemakanan dia betul, urut pun betul ... besar kemungkinan kadang-kadang ada ketulan darah nifas yang belum keluar. Kalau jadi macam ni, teruskan urut, tungku dan tangas pada keesokan hari. InsyaAllah ...
Tungku ni memang banyak khasiatnya.
Antaranya:
- Melawaskan perjalanan darah nifas / darah kotor
- Bagi wanita yang ada senggugut, boleh buat rawatan bertungku untuk meredakan rasa sakit-sakit sebab perjalanan darah yang kurang lancar
- Mengurangkan sakit urat dan otot badan
- Memulihkan fungsi peranakan
- Membantu merawat bengkak susu
- Menaikkan seri wajah
Setelah diberikan teori rawatan bertangas, demo dijalankan dan praktikal dilakukan oleh sesama peserta / pelajar.
Peserta juga diajar cara penyediaan untuk rawatan bertangas.
![]() |
Penyediaan herba tangas |
Ya kawan-kawan, ramai pelanggan bertanya ... "Apa tu bertangas?". "Kenapa nak bertangas?", Perlu ke bertangas dan sebagainya ......
Jadi, inilah khasiatnya, kalau tak bagus, takkan lar pulak Mak Bidan tak syorkan,
KHASIAT BERTANGAS
- Membantu mengatasi masalah kitaran haid yang tak betul
- Mengatasi masalah senggugut
- Merawat masalah keputihan
- Merawat kegatalan
- Mengeringkan faraj berair (lebihan discharge)
- Mengurangkan bau yang kurang enak
- Membantu mengetatkan kembali faraj selepas bersalin
- Merawat kawasan peranakan
- Mengembalikan rahim ke kedudukan asal, selalunya apabila hampir hari yang ke-40
- Memulihkan luka bahagian dalaman
- Melancarkan pengaliran darah
- Memanaskan badan, mengurangkan rasa seram sejuk badan
- Membuka liang roma perpeluhan
- Membangkitkan kejelitaan wajah
- Memulihkan hubungan suami isteri
- Khasiat rempah ratus tangasan dapat menyuburkan peranakan wanita
SESSI IKAT BENGKUNG
![]() |
Pemantauan "hands on" pemakaian bengkung |
![]() |
Bincang bincang |
![]() |
Hasil ikat bengkung |
![]() |
Demo ikat bengkung pendek
KHASIAT BERBENGKUNG
Yang penting, peserta / pelajar dapat terus berniaga apabila mereka kembali ke tempat asal masing-masing.
Semoga, boleh praktis terus Amalan Perbidanan Islam yang diajar menggunakan produk Nu'della yang tersedia ada.
SEE YOU AGAIN GIRLS, DALAM KELAS LANJUTAN PERBIDANAN, KEEP IN TOUCH!PENGENALAN KEPADA KEPERLUAN PRODUK PERBIDANAN Antara produk keperluan perbidanan yang boleh dibeli melalui saya ialah
Sila hubungi saya, Awanis Musa di 018 661 4417 untuk mengetahui maklumat lanjut serta harga. |
No comments:
Post a Comment