Alhamdulilah, hari ni (Rabu, 23 Oktober 2013) memang happy sangat (and feeling blessed) sebab dapat contact balik all the media gangs yang pernah interview saya during my days with the former Spa.
Happy juga, sebab semua reporters nak bekerjasama untuk memperkenalkan Amalan Perbidanan Islam (API) kepada masyarakat.
So, kepada usahawan-usahawan Spa dan juga individu yang ingin mendalami kursus perbidanan, jangan malu-malu untuk call saya. Whatsapp / SMS jer kalau hp tak berjawab.
My heartfelt thanks also goes to Puan Ana, owner of Ainaa-Ailaa Group yang merupakan sifu dan mentor saya, sentiasa membimbing saya dalam bidang perbidanan dan spa, En Zahidan for the online tutorials and business coaching, my media gangs, especially Kak Shima from Majalah Anis, Abang Din from the Rabbani Group (thank you so much for your ideas and designs for my Sentuhan Bonda Confinement Services), Siti Zarinah Harian Metro and team, Zylla Ahmad Majalah Harmoni and team, Syahidatool Akma Kosmo and team and finally, Siti Aishah Yusoff Utusan Malaysia and team.
SEMOGA ALLAH MEMUDAHKAN SEGALA USAHA KITA, AMIN ...
So, inilah kursusnya .......
KURSUS ASAS PERBIDANAN ISLAM 3 HARI
(ANJURAN BERSAMA AINAA-AILAA GROUP SDN BHD DAN BIDANDESA NETWORKS)
TARIKH : 28, 29, 30 NOVEMBER 2013
TEMPAT : NU’ DELLA ACADEMY / MALAYSIAN HOLISTIK SPA
NO.8, JALAN 4/11, FASA 4 TAMBAHAN
43650 BANDAR BARU BANGI
SELANGOR
OBJEKTIF KURSUS:
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta / individu tentang ilmu terapi Perbidanan Islam yang digunakan untuk merawat ibu-ibu selepas bersalin bagi memulihkan tubuh badan serta kesejahteraan minda. Melalui kursus ini juga, para peserta / individu diajar secara teori dan praktikal, sekaligus dapat menambah ilmu pengetahuan dan menjana pendapatan tambahan.
KANDUNGAN KURSUS:
- PENGENALAN SYARIKAT
- ASAS PERBIDANAN ISLAM
- FUNGSI DAN BIDANG KERJA BIDAN MELAYU
Asal-usul Sejarah Perbidanan
Mengenali Bidan
Fungsi Bidan Melayu
Bidang Kerja Bidan Melayu
- TERAPI PERBIDANAN ISLAM
Apakah Amalan Perbidanan Islam?
Mengapa kita perlukan Amalan Perbidanan Islam?
Produk dan Perkhidmatan dalam Perbidanan Islam
Infrastruktur and kebersihan dalam Amalan Perbidanan Islam
Juruterapi dalam Perbidanan Islam
- PENJAGAAN RAWATAN SELEPAS BERSALIN
- TEORI URUTAN SELEPAS BERSALIN
Teori
Kebaikan Mengurut
Keperluan Proses Mengurut mengikut Syariah (ISP)
Praktikal dan Demo
- BERTUNGKU
Teori
Apa itu bertungku?
Khasiat bertungku
Peralatan bertungku
Keperluan Proses Bertungku mengikut Syariah (ISP)
Praktikal dan Demo
- BERTANGAS
Teori
Tangas Basah
Tangas Kering
Keperluan Proses Bertangan mengikut Syariah (ISP)
Praktikal dan Demo
- BENGKUNG PERUBATAN (MEDIKAL)
Apa itu Bengkung Perubatan (Medikal) dan fungsinya.
Kebaikan berbengkung
- PENGENALAN KEPADA PRODUK ISLAM (HALAL) DAN PRODUK PERBIDANAN ISLAM
- SELUSUH
Doa Selusuh
Terjemahan Doa Selusuh
Kaedah Rawatan Selusuh
Kaedah Mudah Bersalin
- ZIKIR DAN AMALAN MUDAH BAGI TERAPIS PERBIDANAN DAN PESAKIT (PELANGGAN)
- PANDUAN PEMILIHAN NAMA ANAK ISLAM
- RUJUKAN / BIBLIOGRAFI
- SOAL JAWAB DAN KHIDMAT RUNDING
KURSUS ASAS PERBIDANAN ISLAM 3 HARI (RM 590) akan dijalankan pada tarikh 28, 29 dan 30 November 2013.
- “First come, first serve basis”
- Yuran Penyertaan: RM 590 seorang (termasuk sarapan pagi, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam)
- Pensijilan daripada Akademi Bertauliah.
- Modul dan nota disediakan.
- Penempatan / asrama disediakan dengan bayaran RM 25 / hari.
- Keutamaan diberikan kepada peserta kursus yang telah membuat pembayaran.
- Pembayaran yuran boleh dibuat secara online ke dalam akaun syarikat BIDANDESA NETWORKS, CIMB 1237-0002271-10-7. Sila bawa sekali resit / slip bukti pembayaran jika pembayaran telah dibuat secara online.
UNTUK PENDAFTARAN,
SILA HUBUNGI: PUAN AWANIS MUSA
BIDANDESA NETWORKS (002258566-T)
HP: 014 644 0186
Email: awanis.musa@gmail.com
Kepada peserta yang berminat, sila berikan nama, alamat, no hp. dan email anda untuk dihubungi.