Saturday, February 1, 2014

SESSI FOTOGRAFI BERSAMA HARIAN METRO

Salam Semua.

Bulan November lepas, pihak kami (Nu'della dan Ainaa Ailaa Group) telah diinterview oleh wartawan Harian Metro, Puan Siti Zarinah berkenaan dengan Kursus Amalan Perbidanan Islam yang telah kami jalankan pada awal bulan Januari ini.

Kursus sebegini akan diadakan pada setiap bulan, insyaallah, bergantung kepada bilangan peserta.

Interview santai tu mengambil masa dalam hampir 2 jam. Banyak berkisar tentang Amalan Perbidanan Islam secara teori dan amali.

Berikut adalah gambar-gambar yang diambil oleh Jurufoto Shaharim.


Tungku di bahagian peha




Bertungku di bahagian kaki.  Bertungku boleh melancarkan peredaran darah pada bahagian kaki.



Selepas mengurut, bertungku. Tungku Herba boleh digunakan sekiranya tiada batu sungai.


Rentetan dari kemunculan kami dalam Harian Metro bulan November lepas, pihak kami juga muncul dalam Selamat Pagi Malaysia pada 12 Disember 2013 yang lepas, juga menceritakan mengenai Amalan Perbidanan Islam serta kursus-kursus lain yang kami jalankan di Spa dan Akademi Nu'della.















No comments:

Post a Comment